::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FDEEF4; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #B93B8F; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Tuesday 10 September 2013

keperluan~ berjimat

boleh berjimat tapi jangan la smpai ase cm xboleh nk hidup...
dapat barang baru~ wee

Monday 22 July 2013

Keep our HEART 'clean'...

                                           


          Assalamualaikum...Salam 14 Ramadhan 1434H 

Hati dalam bahasa Arab disebut dengan al-qalb, yang bererti bolak-balik. Dikatakan begitu kerana hati adalah dunia abstrak (closed area), unik, dan berkembang (developmental). Hati mudah berubah, sukar untuk dibaca, sentiasa saja ada pasang surutnya.

Karena memiliki sifat seperti itu, maka hati harus dijaga dengan baik. Jika tidak dijaga, hati akan berubah menjadi hati yang sakit (al-qalb al-maridh). Begitu banyak manusia yang memiliki fikiran cerdas, tetapi akhirnya menjadi orang hina hanya karana memiliki hati yang sakit.
Rasul Sallallahu alaihi wa salam bersabda, "Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya; dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, itulah hati." (Al-Hadis).
Kecerdasan yang ada di dalam fikiran, boleh dikalahkan oleh kebusukan yang ada di dalam hati. Orang seperti itu biasanya akan marah pada kebenaran dan senang pada kebatilan. Dan, jika hal tersebut terjadi, maka itulah hati  sedang sakit. Sama seperti anggota tubuh lainnya, hati yang sakit bisa dilihat dari tiga hal. 

  • Pertama, kemampuan indera yang ada di dalam hati akan hilang secara keseluruhan. Hati seperti ini akan menjadi buta, tuli, bisu, dan lumpuh. Ia tidak boleh membezakan antara kebenaran, kesesatan, ketakwaan, kemaksiatan, dan sebagainya.
  • Kedua, kemampuan indera yang ada di dalam hati menjadi lemah. Padahal sebenarnya, kemampuan indera tersebut kuat. Sama seperti anggota tubuh lainnya, jika sedang dalam keadaan seperti ini, bererti hati perlukan makanannya (istighfar, zikir dan doa)
  • Ketiga, hati tidak boleh melihat sesuatu dalam bentuk yang sebenarnya. Seperti melihat kebenaran menjadi kesesatan, kesesatan menjadi kebenaran, merasakan manis menjadi pahit, dan pahit menjadi manis.
                                                     

Lalu, bagaimana menjaga hati agar tetap sihat? Ibnul Qayyim menjelaskan, agar hati boleh kekal sihat, ia boleh dilakukan dengan tiga cara;

Kekuatan hati boleh didapatkan dengan iman. Dan iman merupakan sumber kekuatan hati paling utama. Jika iman hilang, hati akan menjadi sakit. Sedangkan untuk melindungi hati dari hal-hal yang membahayakan, boleh dilakukan dengan menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat. 

                               

Perkara seperti inilah membuat hati menjadi sakit. Ia sama dengan racun yang jika tersalah guna, pasti akan membahayakan tubuh.
Terakhir, agar kekal sihat, zat-zat yang membahayakan hati harus dibuang. Dan, cara paling efektif untuk membuang zat-zat yang berbahaya tersebut adalah dengan taubat dan istighfar. Taubat dan istighfar adalah dua ubat yang boleh membuang toksin di dalam hati. Ia bagaikan antibody yang boleh menjadikan hati kekal sihat.

                                  

Jadi, Nusca harap dibulan yang mulia ini kita dapat menjaga hati daripada melakukan perkara-perkara yang dapat mendatangkan kecacatan didalam hati seterusnya mencacatkan amal ibadat semasa menjalani ibadah puasa ini. 
Tahan hati dari satu-satunya musuh yang terdapat dalam diri iaitu NAFSU. Walaupun pembantu utama musuh iaitu SYAITAN telah dipenjarakan, namun ia perlu dikawal daripada melakukan sebarang dosa kepada-NYA agar kita dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan sempurna. 

Terjemahan surah Al-Baqarah – ayat 7:

“ Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat "

Ibnu Qatadah mengatakan:Syaitan telah menguasai mereka kerana mereka telah mentaatinya. Maka Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran serta penglihatan ditutup, sehingga mereka tidak dapat melihat petunjuk, tidak dapat mendengar, memahami dan berfikir.Menurut Mujahid seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Juraij : Allah mengunci hati mereka bermakna melekatnya dosa di hati kerana maksiat dan kekufuran yang dilakukan. Dosa itu menutupi hati dari melihat kebenaran.

Inilah balasan Allah swt kerana kekafiran dan kefasikan manusia. Apakah kita harus membiarkan diri kita terbelengu dengan dosa? Apakah kita tidak ingin mengubah diri kita menjadi insan yang bertakwa?

                                                                       

Thursday 18 July 2013

peDomaN~ belajar dari kesilapan...

Alhamdulillah...sudah masuk hari kesepuluh umat Islam menyambut Bulan Ramadhan. pada hari ini, Nusca nk kongsikan serba sedikit tentang kesilapan yang telah kita lakukan sama ada pada Pencipta (ALLAH), sesama makhluk mahupun diri sendiri... semoga kita dapat renungkan kembali segala kekhilafan dan menginsafinya di bulan yang mulia ini...


Seorang Muslim ketika hidup di dunia hatinya harus tetap memikirkan akhirat. Seorang muslim harus mengetahui dan yakin pada keabadian akhirat dan menyadari kesementaraan dunia.
Dari situ terbangkit kesadaran akan hal ini perlu dilakukan setiap muslim. Puncak kesadaran itu bukan pada pengetahuan akan keadaan diri, tetapi menyadari apa yang harus dilakukan dengan keadaan dirinya itulah kesadaran. Maka belajar dari kesalahanpun menjadi salah satu sarana membangun kesadaran tersebut.
Belajarlah dari kesalahan. Adam alaihisalam dan keturunannya diciptakan Allah untuk tidak lepas dari kesalahan. Hal ini agar kita sebagai manusia mengerti betapa besarnya erti keampunan Allah. Belajarlah dari kesalahan.


                                                                           

Begitulah Nabi Nuh alaihisalam belajar dari kesalahan orang tua dan pendahulunya, hingga akhirnya ia menjadi penyelamat kaumnya.
Belajarlah dari kesalahan. Ibrahim alaihisalam belajar dari kesalahan kaumnya. Akhirnya iapun mengeluarkan ummat manusia dari kesyirikan kembali kepada tauhid. Belajarlah dari kesalahan adalah cara hebat menjadi orang bijaksana. Karana belajar dari kesalahan mengajarkan kita untuk mendapatkan ilmu dari pengalaman.
Kesalahan adalah maha guru setelah tidak ada lagi guru yang mampu mengajarkan kita tentang erti kebijaksanaan. ramai yang ingin berjaya tapi mereka takut berhadapan dengan kegagalan. Padahal kegagalan adalah tangga terakhir menuju kejayaan.
                                                                 



Tidak semua kesalahan berakibat buruk jika kita mahu belajar mengambil pelajaran. Mengambil pelajaran agar kita tidak mengulangi kesalahan tersebut. Ya Rabbi janganlah seksa kami jika kami lupa atau bersalah. sedarkan lah kami sebelum terlambat. jauhilah kami dari kepesongan hati terhadapMU...AMIN.

Nusca harap, dari pengkongsian ini, kita dapat memuhasabah diri dan mempelajari dari segala kesilapan yang telah kita lakukan...sekian...

Tuesday 16 July 2013

Bersederhana di Bulan Mulia

assalamualaikum...
salam RAMADHAN...macam mana puasa setakat ni? harap kita dapat perbanyakkan amalan di bulan yang penuh barakah ni...kat sini nusca nak kongsikan serba sedikit tentang bagaimana nak mendapatkan ibadah yang diredhai...semoga kita dapat menghayati dan merasai setiap kesederhanaan selama mengharungi bulan mulia ini.... 
Islam telah memberi garis panduan kepada umatnya dalam hal berbelanja. Kita disaran agar bersederhana dan tidak boros berbelanja. Sifat yang sedemikian akan dapat membantu kita menjadi hamba Allah yang dekat padaNya, seterusnya diberkati.

AlQuran telah memberi panduan kepada umat Islam di dalam hal perbelanjaan ini, dalam Surah alFurqan: 64 maksudnya, "Dan orang-orang yang apabila mereka membelanjakan harta mereka mereka tidak membazir, dan tidak pula kikir. Dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah yang demikian". 

Oleh itu Islam membimbing kepenggunaan umatnya, sikap bersederhana dalam perbelanjaan adalah amalan terbaik yakni, tidak terlalu boros mahupun terlalu kedekut. Kita disaran untuk bersederhana dan beringat untuk masa hadapan walaupun dalam keadaan kita senang. Inilah yang telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam Surah Yusuf:47 maksudnya, "Maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan".

Orang yang suka membazir atau boros itu disebutkan oleh Allah sebagai saudara-saudara syaitan. Di dalam Surah Al-Israk:26-27 disebut maksudnya, "Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (harta mu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya".

Di sini menunjukkan orang yang membazir itu sebenarnya adalah saudara syaitan dan syaitan itu tempatnya di neraka.            

Bulan Ramadhan yang baru berlalu merupakan waktu yang sangat sesuai bagi kita memupuk sifat kesederhanaan ini. Berpuasa mengajar kita untuk mengawal nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah. Terdapat had masa untuk makan dan minum bagi orang yang berpuasa. Kesan dari ini Allah mengkehendaki umatnya untuk hidup sederhana dan tidak membazir. Rasulullah SAW berpesan, jikalau seseorang antara kamu berbuka puasa, maka hendaklah berbuka dengan kurma, tetapi apabila tidak menemukannya, maka hendaklah berbuka dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci. (Riwayat Salman bin ‘Amr ad-Dhahabi).

Dari sini jelas kita dilarang menjadikan malam sebagai medan membalas dendam menahan lapar dan dahaga di siang hari. Malam di bulan Ramadhan tidak seharusnya jadi pesta makanan yang selalunya akan berakhir di tong-tong sampah. Oleh itu Ramadhan sebenarnya merupakan madrasah atau pusat melatih hidup sederhana tidak saja pada siang hari, tetapi juga pada malam hari terutama  ketika kita berbuka puasa.

Sikap bersederhana sepanjang bulan puasa lalu seeloknya diteruskan sepanjang masa. Sememangnya hidup sederhana adalah cara hidup sunnatullah. Jadi kita memang digalakkan bersederhana sebagai langkah berjimat terutamanya dalam keadaan kenaikan harga barangan  sekarang ini.

Namun ini tidak bererti Islam menyuruh umatnya menjadi lokek atau kedekut sehingga mengira setiap sen pun yang keluar. Islam melarang sifat bakhil serta menjadikannya sebagai satu faktor kerosakan yang besar. Di dalam sebuah hadis menyebutkan: "Hati-hatilah kamu daripada sifat kikir, sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan kekikiran. Kekikiran telah mengarahkan mereka agar memutuskan hubungan lalu mereka pun memutuskannya, mengarahkan mereka agar lokek lalu mereka pun menjadi lokek, mengarahkan mereka agar melakukan keburukan lalu mereka pun melakukan keburukan".

Seseorang itu tidak boleh bersikap bakhil terhadap hak-hak yang wajib kepada dirinya atau keluarganya. Islam menegaskan kepentingan hak-hak ini, sehingga dibolehkan mengangkat senjata untuk mendapatkannya contohnya di dalam peristiwa peperangan yang dilancarkan oleh Abu Bakar al-Siddiq bersama para sahabat bagi mendapatkan hak zakat. Begitu juga Rasulullah SAW mengharuskan kepada tetamu untuk mengambil hak menjamu terhadap tuan rumah walaupun secara paksa. Oleh itu menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk perhatikan perkara ini.

Persolan timbul samada sikap sederhana yang dianjurkan Islam bermakna umat Islam tidak digalakkan mengumpul harta atau menjadi kaya?  Sebenarnya Islam adalah agama fitrah. Tidak terdapat satu pun prinsip Islam yang menyalahi atau merosakkan fitrah tersebut. Sebaliknya di dalam Islam hanyalah terdapat prinsip yang bersesuaian dengan fitrah, mendidiknya serta menaikkan martabatnya. Antara fitrah yang telah ditentukan ke atas manusia ialah sukakan pemilikan.

Allah telah melengkapkan sifat naluri ini kepada manusia agar manusia rasa terdorong untuk lebih berusaha apabila mereka mengetahui mereka akan memiliki hasil usaha mereka. Bahkan Islam melindungi milikannya serta mewariskannya kepada zuriat yang akan datang. Islam tidak mengharamkan kekayaan asalkan ia diperolehi secara usaha yang halal, tidak melibatkan perkara yang haram, tidak menzalimi seseorang dan tidak memakan hak orang lain.

Bagaimanapun Islam membataskan para pemilik harta dalam pengembangan dan pelaburan hanya melalui cara-cara yang dibenarkan oleh syarak; yang tidak bertentangan dengan akhlak dan nilai moral serta kepentingan umum. Ini kerana Islam tidak memisahkan antara ekonomi dan akhlak. Pemilik harta tidaklah sebebas sistem kapitalis. Islam menganggap harta pada hakikatnya sebagai harta Allah dan manusia hanyalah sebagai pemegang amanah atau peminjamnya sepertimana terdapat dalam Surah al-Hadid:7 yang bermaksud:  "Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulNya serta nafkahlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah pinjamkan kepadamu".

Islam juga tidak menghalang umatnya untuk sukakan keindahan. Sebahagian dari para sahabat Rasulullah SAW pada mulanya menyangka keindahan itu adalah bertentangan dengan keimanan atau meyebabkan takabbur iaitu suatu sifat yang dibenci Allah SWT. Ibn Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam syurga seseorang yang mempunyai sifat takabbur seberat biji sawi di dalam hatinya". Kemudian seorang lelaki berkata: "Bagaimana jika ada seseorang itu yang suka memakai pakaian yang cantik dan kasut yang cantik?". Sabda Baginda: "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan. Sifat takabbur menolak kebenaran dan membenci manusia".

Oleh itu Islam tidak mengharamkan seorang Muslim itu kehidupan yang baik sepertimana yang telah diharamkan oleh  sebahagian agama dan falsafah-falsafah lain. Sebaliknya Islam melarang kita "berlebihan dalam menikmatinya" yakni melampaui batas,  walaupun dalam perkara-perkara yang halal. (Surah Al- Maidah: 87).  
Bersederhanalah dalam setiap perlakuanmu...kecuali perbanyakkan amalan kepadaNYA...

Monday 15 July 2013

RAMADHAN KAREEM

Ramadhan tiba untuk yang ke sekian kalinya...adakah kita bersedia memunuhi segala tentuan syarak untuk bulan Mulia ini??adakah Ramadhan ini yang terakhir bagi kita?

IBADAT PUASA

Firman Allah Taala:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..
"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)
Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:
_______________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah.
7- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
_______________________________
1. Fath al-Bari (5:14).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)
8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
______________________________
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
9- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)
9- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.
Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)
________________________
1. Al-Targhib (2:97) - Hadith Sahih menurut keterangan al-Hakim.
2. Mastika Hadith (1:79).
Lebih lanjut diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
10- عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطُوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعَينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةِ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يُزَادُ فِي رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلَّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ أَوْ عَلَى شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلَهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ غَفَرَ اللَّهُ لَه وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍخَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَتَسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النِّارِ، وَمَنْ سَقَى صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ. (رواه ابن خزيمة في صحيحه)
10- Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya (1): "Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah: Pertama - mengucap: 
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله
Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
أستغفر الله
Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.
"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
Demikian mulianya dan berkatnya bulan Ramadhan dan demikian pula besarnya pahala yang diberikan bagi tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan di sepanjang bulan yang membawa rahmat itu.

 so Nusca harap kita dapat beribadah sesungguhnya da seikhlasnya...mudah-mudahan semua amalan kita diteriama oleh NYA...AMIN 
____________________________
1. Yakni sesudah memuji Allah seperti yang lazim dilakukan pada tiap-tiap khutbahnya.


2. Al-Targhib (2:94) dan Misykat al-Masabih (1:615) dengan berlainan sedikit lafaznya.

Thursday 4 July 2013

bumbLe+bLunDer+cOnfusE = ISTIKHARAH is mY decision~

assalamualaikum...


Istikharah: The Guidance Prayer

We are humans, powerless in this sphere of life, knowledgeable only enough to survive. So why shouldn't we turn to Allah and seek His perfect help whenever we require it? Allah responds to the call of His servant when he asks for guidance, and we are after all seeking to do something in order to please Him. 

Istikharah means to ask Allah to guide you to the path best for you concerning an affair with two halal options. In matters that are wajib (obligatory), haram (forbidden) or makruh (disliked) there is no need to pray Istikharah. Salaat-ul-Istikharah should only be used for matters that are mubah (allowed) or in matters that are mustahabb (liked or encouraged), in which there is a decision to be made as to which one should be given priority (i.e. get married or go to grad school).

Many wrong notions exist concerning istikharah. Many Muslims will pray, read the du'a, and run to bed expecting to see a dream showing them their future wife, what her favourite colour is, and some other weird fantasy. That is not the purpose of this salat.

The results of an istikharah can take many forms. Basically, you go by your feelings, whether you now feel more favourable or not. Also, you may notice events have changed, either for or against you. Note that you must follow the results of an istikharah, because not doing so is tantamount to rejecting Allah's guidance once you've asked for it. Also, you should firstly clear your mind, not have your mind already decided, and then afterwards follow the results willingly.

It is a sunnah that, if one must choose between permissible alternaratives, one may pray two non-obligatory rak'at, even if they are of the sunnah prayers or a prayer for entering the mosque, and so on, during any time of the day or night, and to recite therein whatever one wishes of the Qur'an after reciting al-Fatihah. Then one praises Allah and sends salutations to the Prophet and recites the supplication in the Hadith below.

The description of Salaat-ul-Istikharah was narrated by Jabir ibn 'Abd- Allah al-Salami (may Allah be pleased with him) who said:
"The Messenger of Allah used to teach his companions to make istikharah in all things, just as he used to teach them surahs from the Qur'an.

He said: 'If any one of you is concerned about a decision he has to make, then let him pray two rak'ahs of non-obligatory prayer, then say:



'O Allah, I seek Your guidance [in making a choice] by virtue of Your knowledge, and I seek ability by virtue of Your power, and I ask You of Your great bounty. You have power, I have none. And You know, I know not. You are the Knower of hidden things. O Allah, if in Your knowledge, this matter (then it should be mentioned by name) is good for me both in this world and in the Hereafter (or: in my religion, my livelihood and my affairs), then ordain it for me, make it easy for me, and bless it for me. And if in Your knowledge it is bad for me and for my religion, my livelihood and my affairs (or: for me both in this world and the next), then turn me away from it, [and turn it away from me], and ordain for me the good wherever it may be and make me pleased with it."

The Prophet added that then the person should mention his need. [Sahih Bukhari]
Salat-ul-Istikharah is just two rakats of a non-obligatory prayer, prayed at anytime during the day, with a specific dua at the end. While reciting the dua, you should be thinking about the situation you want to be advised about with pure intentions and from the bottom of your heart. And Allah says that whenever he guides a heart aright it can never be misguided. Afterwards, you should 'have a good feeling' about one of your options. Whatever option you feel is best right after you say the dua should be your decision. If you're still in doubt, you can repeat.

An-Nawawi holds that
"...after performing the istikharah, a person must do what he is wholeheartedly inclined to do and feels good about doing and should not insist on doing what he had desired to do before making the istikharah. And if his feelings change, he should leave what he had intended to do, otherwise he is not completely leaving the choice to Allah, and would not be honest in seeking aid from Allah's power and knowledge. Sincerity in seeking Allah's choice, means that one should completely leave what he himself had desired or determined."
Some people mistakenly wait for a dream to give a clear sign as to what decision to make, but this is not true, and often times it never really happens. In fact, dreams may lead you away from what Allah wants you to do, as Shaytan might try to deceive you in your dreams.

Salat-ul-Istikharah is for everybody. It's a way for all of us to implore Allah for divine guidance and mercy. It is yet another invaluable resource from Allah to keep us on the straight and narrow Sirat al-Mustaqim. The Prophet told all Muslims about Istikharah, not just the scholars. Despite this gift, too many of us take the advice of our friends and parents, or accept the norms of our society and act without ever wondering what Allah wants us to do. We must stop looking to the dunya for guidance. We must begin to consult Allah.

I cannot provide a better conclusion than saying that you must put your trust in Allah. You must have trust in His concern for us, and His ability to help us. Allah says:
"Put your trust in Allâh, certainly, Allâh loves those who put their trust (in Him)." [Surah Al-Imran Ayah 159]

To more information, please click HERE 

Monday 1 July 2013

mY cReaTiOn~

hasil penulisan Nusca da keluar BH...wee~
aceli, ni untuk journalist subjek pnye assignment...
mesti 2 article publish untuk 1 sem ni....Dr. Suriani da lanjutkan dateline sampai 6 Julai ni...
Alhamdulillah... article ke2 - 2 article Nusca keluar kat bahagian Rencana Agama dan ruangan tu agak besar...suke2.. :) 

ni first kerja tangan Nusca...bertarikh 11 April...xsangka pula jatuh pada hari lahir bbf Nusca..hehe...
happy sesngt...ni salah satu present untuk die..hehe..boley ke cemtu??keke

yang peliknyer....
xtipu, Nusca ade termimpi article ni kua mlm b4 article ni publish...disebabkan terlampau risau n tertggu2 bla article ni nk kua...tu lah...sampai termimpi2...tajuk article pon psal mimpi...hmm,, sepadan...
tapi Nusca dapat tahu lambat...da 2 3 ari baru Nusca dapat tahu..tu pon membe yg gtau...da xdpt nk bli...ni pon pinjam kat library je...hhuhu...sadess kann,,

tapi untuk article ke 2..,Nusca sempat beli...ni haa...

bertarikh 23 Jun lepas...lambat jga nk publish cz Nusca hantar semggu lepas, bru article ni kua...mgkin ramai saingan...apa2 pon Alhamdulillah...kua juga hasil kerja saya...harap kwn2 yang lain yang belum publish, do your hard ok...5 more days leave b4 the dateline....chaiyok2 :)